hmm, officially me dah start tuition class semalam. so hari ni adalah hari kedua tuition class. siapa kata mengajar tak challenging? haiyak~ me ajar seorang je ok, lelaki/11 tahun/ darjah 5. huhu.. terasa tau "tekanannya"~ maybe ini kali pertama me "mengajar", haish.. takpe, mencuba lebih baik dari tak mencuba lansung kan?
first and second class lebih kepada sesi mengenali student and tahap kecekapan student dengan subjek- matematik. biasalah tak kenal maka tak cinta, kan? kadang2 student ni kalau kita tanya, betul2 dia goreng tapi bila suruh buat exercise blurr sekejap. huhu~
so for introduction, me suruh student buat latihan matematik yang melibatkan operasi tolak, tambah dan darab. hmm, kalau tengok sekali imbas, kacang je soalan ni, tapi if we put our self dalam shoe student, payah jugak nak jawab kira2 ni. hehehe :-)
setakat ni, student tak menunjukkan sikap yang negatif masa belajar. walaupun, student "cakap non-stop" tapi, me berjaya patah2 kan hujah dia. iskh, kalau melayan borak mahu sia2 kelas 1 jam 1/2. nasib baik mak student dah warning awal2, "jangan terpengaruh dengan cerita student". anyway, good start for me. enjoy jugak mengajar ni :-)
p/s: should i change profession to teacher? kui3~


















